Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai pelakon Ifa Raziah yang hanya mahu dicucuk Pfizer sahaja kerana merasakan vaksin itu sahaja yang sesuai dengan penyakitnya.
Meskipun ramai mengecemnya, terbaru Ifa memaklumkan menerima mesej daripada beberapa hospital yang menawarkan vaksin Pfizer.
BACA: Ifa Raziah Tetap Nak Pfizer, Sanggup Beli Vaksin
“Bertalu-talu Miss Diva dapat Whatsapp beberapa hospital yang offer untuk dapatkan suntikan vaksin Pfizer. Wow hebat tak Miss Diva. Rezeki jangan ditolak maut jangan dicari iya. Cucuk jangan tak cucuk,” tulisnya.
Menerusi entri itu, Ifa mengatakan bukan dia mengada-ngada tidak mahu dicucuk vaksin Sinovac ketika temu janji di PPV sebelum ini tetapi atas saranan doktor dia tidak sesuai dengan vaksin berkenaan.
Terdahulu, Ifa berkata dia mahukan vaksin Pfizer kerana mempunyai masalah kesihatan. Selain itu, Ifa perlu berulang alik ke Singapura atas urusan perniagaan dan mahu mengerjakan ibadah haji.