Sejak dua minggu lalu hangat diperkatakan di media sosial mengenai kempen bendera putih. Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi rap Altimet yang turut serta dalam misi tersebut.

Malah, menerusi satu perkongsian Altimet meminta kepada mereka yang memerlukan supaya tidak perlu berasa malu untuk kibarkan bendera putih kerana tiada gambar akan diambil.

BACA: “Tak Perlu Malu Kibar Bendera Putih, Kami Tak Ambil Gambar”

Dalam satu posting terbaru, Altimet dikatakan menetapkan syarat kepada mereka yang mahu menyertai pasukannya dilarang mengambil gambar atau merakam video.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Altimet (@altimet)

Menurut Altimet, jika ada yang berbuat demikian boleh keluar daripada kumpulan bantuannya itu. Altimet turut memberi peringatan supaya tidak memandang rendah kepada jiran yang memerlukan bantuan.

“Sekali lagi jangan ambil gambar siapa-siapa. Kalau siapa-siapa ambil gambar upload, keluar daripada team. Jangan pandang rendah pada dorang semua, jiran kita. Benda ni boleh jadi kat kita,” ujarnya.

Perkongsian Altimet itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji peraturan yang ditetapkan oleh penyanyi itu serta mengucapkan terima kasih kerana menjaga aib penerima bantuan.

×