Semalam, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew memaklumkan khabar duka ayahanda tersayang telah pun pergi menghadap Ilahi. Berita tersebut ternyata merupakan khabar duka buat rakyat Malaysia juga.
Memuat naik entri terbaru, Ebit berkongsikan foto dan video pengebumian bapanya Allahyarham Haji Ibrahim Lew Abdullah yang dilakukan di Muadzam Shah, Pahang.
BACA: Ebit Lew Sarung PPE Jumpa Bapa Terlantar Hidap Kanser Tahap Akhir
View this post on Instagram
Menerusi posting berkenaan, Ebit sempat berkongsikan pesanan yang pernah diberikan oleh bapanya supaya tidak perlu risaukan mengenai keadaannya dirinya dan teruskan membuat kebaikan.
Ebit turut berkata arwah bapanya seorang yang sangat kuat bekerja namun tidak pernah mahukan apa-apa sebaliknya lebih suka memberi kepada orang lain.
Lebih sebak, Ebit berkata setiap hari bapanya rindukan arwah ibunya serta memohon maaf tiada disisi di saat akhir arwah bapanya.
Perkongsian Ebit itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan arwah bapanya ditempatkan bersama orang yang beriman.