“Tak Cemburu Ke Negara Lain Dah Tak Pakai Mask, Boleh Travel?”

Hampir dua tahun berdepan dengan pandemik Covid-19, pasti ramai yang rindu untuk bercuti seperti biasa dan bebas berjalan tanpa memakai pelitup muka yang sudah pasti merimaskan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Elfira Loy turut meluahkan rasa rindu untuk membawa anaknya keluar bermain, namun katanya buat masa ini rakyat perlu bersabar untuk mematuhui SOP.

BACA: Elfira Loy Nekad Ambil Vaksin AstraZeneca Demi Anak Walaupun Takut Jarum

“Rindulah nak tengok Rayyan main di luar, pergi taman, pergi kolam renang. Harap kita boleh lakukan, sabar menghadapi lockdown dan kekal mengikut SOP selepasnya supaya sifar kes sampai bila-bila,” katanya.

Dalam pada itu, Elfira turut berkata tidakkah kita semua cemburu melihat negara lain bebas tanpa perlu mengenakan pelitup muka serta menyeru orang ramai mematuhi SOP dan Malaysia catat sifat kes.

“Tak cemburu ke negara lain dah tak pakai mask? Dah boleh travel dalam negeri. Bestkan? Jomlah kita cabar diri kita. Orang Malaysiankan fighter, kita fight sampai 0 okay!” tulisnya.

×