“Kerajaan Dah bantu Pun Korang Masih Bising Tak Puas Hati”

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pengarah terkenal Michael Ang menyelar sikap segenlintir rakyat Malaysia yang ‘bising’ serta tidak berpuas hati dengan bantuan PKP 3.0 yang diumumkan kerajaan.

Michael turut mempersoalkan adakah kerajaan perlu ‘menyuap’ makan tiga kali sehari baru dapat memuaskan hari rakyat. Ujarnya, sedikit atau banyak bantuan sekurang-kurangnya ada juga bantuan diberikan.

BACA: Michael Ang Tawar RM500 Kepada 10 Individu Berjaya ‘Self Lockdown’

“Apooo kau orang ni, kerajaan dah bantu pun kau orang masih banyak bising dan tak puas hati. Dah dah la, sikit ke banyak ke pertolongan tu tetap pertolongan kan. Takkan nak suap kau orang 3 meals sehari baru kau orang puas hati,” tulisnya.

Dalam pada itu, Michael secara sarkastik memberikan idea cara lebih baik untuk memberi bantuan kepada rakyat dengan hanya memberi bantuan kepada mereka yang sudah mendaftar dan mengambil vaksin Covid-19.

“Nasib baik aku bukan PM, kalau aku PM pertolongan yang kerajaan bagi hanya untuk orang yang dah daftar dan divaksin sahaja. Kalau tak, tak dapat. Nak ke macam tu?,” tulisnya.

×