Selepas Ryzal, Zynakal Pula Perli Budaya Sarawak?

Hangat diperkatakan mengenai Ryzal Duriankimchi yang dikecam teruk selepas menghina pakaian Iban, kali ini penyanyi Zynakal pula didakwa menghina budaya Sarawak.

Isu itu timbul apabila Zynakal meninggal komen di perkongsian foto penyanyi rap, Yonnyboii yang disifatkan satu penghinaan buat masyarakat Sarawak.

BACA: Netizen Ungkit Kisah Silam, Zynakal Kembali Ambil Ubat Stabil Emosi

Rata-rata netizen menyifatkan komen tersebut sebagai sindiran seakan-akan menyamakan budaya Sarawak seperti orang zaman batu.

“Dia fikir kelakar ke? Muka hauk pun ada hati nak uga-uga dekat orang lain.

“Komen tak ingat dunia, lepas tu nanti mulalah nak bunuh dirilah, tekanan perasaanlah, setan rasuklah,” tulis netizen.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen mempertahankan Zynakal dengan beranggapan penyanyi itu hanya bergurau serta meminta berhenti mengecamnya susulan masalah depresi yang dihadapinya sebelum ini.

Hasil tinjauan mendapati selepas dikecam teruk, komen tersebut telah dipadam oleh Zynakal dan Yonnyboii bertindak menutup ruangan komen foto berkenaan.

×