Petisyen Desak Neelofa Dipenjara Dilancarkan

Selepas beberapa kali didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP), satu petisyen dilancarkan menggesa selebriti popular, Neelofa menerima hukuman bagi kesalahan dilakukan.

Petisyen di laman sesawang change.org itu turut mendesak pihak berkuasa lebih tegas ke atas selebriti berkenaan dengan mengenakan hukuman penjara.

BACA: Kes Beli Karpet Di Nilai 3, Neelofa & PU Riz Didakwa Di Mahkamah Esok

Menerusi ruangan petisyen, individu menggunakan nama ‘Hentikan Double Standard’ itu turut menyenaraikan beberapa kesalahan dakwaan melanggar SOP.

Malah, petisyen itu turut mendesak Neelofa dipenjarakan tanpa kompromi serta tiada undang-undang double standard kepada VVIP dan orang kenamaan.

Setakat ini, petisyen bertajuk ‘Langgar SOP: Penjarakan Neelofa Segera’ itu mendapat sokongan lebih 12,000 orang.

×