Serangan demi serangan yang dilakukan Rejim Zionis ke atas beberapa kawasan di Palestin sejak penghujung Ramadan lalu sememangnya memberi satu tamparan hebat buat seluruh umat Islam di dunia.
Malah, rakyat Malaysia dan ramai selebriti turut memberi sokongan penuh serta menyebarkan kesedaran di media sosial berkenaan situasi semasa yang berlaku di negara tersebut.
BACA: Zizan Razak Puji Vokal Aliff Syukri Setaraf Penyanyi Barat
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri juga turut tidak ketinggalan memuat naik video sebagai tanda sokongan kepada Palestin. Menerusi video tersebut, Aliff tersenyum pada bendera Palestin namun menunjukkkan wajah bengis pada bendera Israel.
View this post on Instagram
Namun, apa yang menjadi perhatian video tersebut adalah bendera ‘Palestin’ yang diletakkan di dalam video tersebut adalah bendera negara Sudan.
Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan gelagat usahawan itu serta menegur bendera yang digunakan oleh Aliff.