“Apa Jadah Pi Nilai Cari Karpet”

Baru-baru ini, perkongsian pelakon dan pengarah terkenal, Nam Ron menjadi perhatian ramai apabila seakan menyindir golongan selebriti yang merentas negeri.

Menerusi status di Twitter itu, Namron berkata jika diberi keizinan untuk merentas negeri, dia akan ke tempat makan yang kebiasaannya berada di negeri pantai timur.

BACA: Nam Ron Bimbang Menteri Bangang Ganti Maszlee

Nam Ron turut memuat naik gambar ‘throwback’ ketika dia sedang menikmati hiadangan makan lau celup tepung di sebuah restoran. Di akhir entri itu, Nam Ron sempat menyindir serta mempersoalkan mengapa sampai ke Nilai untuk mencari karpet.

Perkongsian Nam Ron itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan sindiran Nam Ron itu yang disifatkan sangat ‘tajam’.

Tidak kurang juga, ramai yang mahu menggunakan wataknya sebagai iblis Tyson dalam filem 18 Puasa Di Kampung Pisang untuk memberi hukuman kepada golongan tersebut.

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan netizen mengenai selebriti popular Neelofa dan suaminya, PU Riz yang didakwa ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli karpet.

Perkata itu turut mendapat perhatian pengarah dan penerbit terkenal, Shahrulezad Mohameddin yang tampil menegur dan menasihati usahawan itu.

×