Aliff Aziz Tekad Buang Tatu, Mahu Berubah Jadi Lebih Baik

Perkongsian di Insta Story Aliff Aziz menjadi perhatian ramai apabila pelakon dan penyanyi itu mahu mencari klinik untuk membuat rawatan membuang tatu.

Aliff berkata tindakan tersebut bukan untuk membuktikan kepada sesiapa sebaliknya datang daripada hatinya sendiri yang mahu berubah jadi lebih baik.

BACA: Bella Astillah Syukur Suami Penyayang, Aliff Aziz Bangga Isteri Cantik

“Semua orang tahu kesilapan saya, macam-macam yang terjadi.. saya pun tak nak sebut soal itu. Saya pernah lalui satu masa terburuk dalam hidup. Saya mengaku telah melakukan banyak penyesalan pada masa lalu saya.

“Jadi, saya cuba untuk mengenal pasti apa yang boleh dibuat. Memang dalam agama pun ada cakap kalau benda itu (buang tatu) memudaratkan… tak perlu,” katanya.

Menerusi entri itu, Aliff turut meminta pertolongan daripada netizen untuk mencadangkan klinik bagi rawatan membuang tatu.

Januari tahun lalu, tular sebuah video mirip Aliff yang bergaduh dengan orang awam di Singapura serta memperlihatkan ukiran tatu di belakang badannya.

Hampir dua tahun dihimpit pelbagai kontroversi dan tinggal bersama keluarga di Singapura, Aliff kembali ke pangkuan isteri dan anak-anak di Malaysia pada Disember lalu.

×