Genap sebulan kelahiran anak kedua mereka, pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya akhirnya mengumumkan nama anak kedua mereka.
Menerusi rancangan Schawal Baby Boom, Scha dan Awal sepakat menamakan anak perempuan mereka itu dengan nama Layla Amina.
BACA: Scha Alyahya Ditegur Baru Seminggu Bersalin Dah Pakai Seluar Jeans
Awal berkata dia tidak tidur malam memikirkan nama adik kepada Lara Alana itu. Awal turut memberitahu maksud nama anaknya itu.
“LA atau LY, dua huruf ni yang buat saya tak boleh tidur malam. Temujanji dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah buat waktu itu. Nama pula tak putuskan lagi. Nasib baik ada isteri dapat selesaikan perkara ini.
“Asalnya, Lara inginkan nama Lela yang dia sudah pilih lama semasa adik masih dalam perut lagi. Sementara, saya dan isteri pula sudah jatuh hati dengan nama Aminah, diambil bersempena nama ibu Nabi Muhammad SAW.
“Selepas perbincangan, kami putuskan nama Lyla Amina yang membawa maksud setia, jujur, dipercayai dan beriman” katanya.
Terdahulu, Scha selamat melahirkan cahaya mata perempuan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu.