Foto Eleena Sui Jadi Bukti, Hannah Delisha Didakwa Nikah Tahun Lalu?

Semalam hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan perkahwinan pelakon Hannah Delisha dan suaminya, Imam Shah tidak direstui ibu kandungnya, Nor Ashikin Ahmad.

Bagaimanapun, hari ini timbul satu lagi dakwaan apabila Hannah dikatakan telah pun mendirikan rumah tangga sejak setahun lalu.

BACA: Ibu Mentua Minta Hannah Delisha & Imam Shah Bersabar

Lebih menguatkan lagi dakwaan tersebut, apabila pengguna berkongsikan posting milik pelakon, Eleena Sui bertarikh 19 Februari 2020 yang duduk seorang diri berposing di atas pelamin.

Selepas membuat perbandingan, pelamin tersebut kelihatan hampir sama dengan pelamin majlis pernikahan Hannah pada 19 Februari lalu.

Malah, ibu mentua Hannah turut memuat naik gambar dimana Eleena duduk bersama pengantin di pelamin namun kelihatan langsing dan tampil berbeza dengan penampilan terbarunya sejak Februari lalu yang kini sarat hamil anak pertama.

Perkara itu sekaligus menimbulkan tanda tanya bilakah tarikh sebenar Hannah dan Imam disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Terdahulu, ibu pelakon itu berkongsi kata-kata puitis di Instagram termasuk meletakkan tanda pagar #IbuTidakRestu sekaligus mencetuskan spekulasi di kalangan netizen.

×