“Suka Hati Sayalah Nak Pakai Cincin Besar-Besar”

Sudah lama rasanya tak dengar cerita jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida. Bagaimanapun, baru-baru ini video dikongsikan oleh DSV di TikTok menjadi bualan ramai.

Semuanya bermula apabila ada netizen memperlekehkan cincin yang dipakainya di dalam video itu. Tegasnya, dia tidak tergamak meraih perhatian dengan memakai kerongsang bagi menggantikan cincin.

BACA: Bekas Suami DSV Nak Tuntut Harta Sepencarian, Insurans Dua Anak Meninggal Dunia

“Kalau brooch, mahu koyak baju. Itu cincin rekaan dari kedai saya, Telaga Emas. Saya seorang sahaja yang pakai cincin macam ni kat Malaysia. Orang lain tak pakai. Suka hati sayalah nak pakai cincin emas besar-besar,” katanya.

Dalam pada itu, DSV turut menempelak netizen yang sering meleparkan kritikan kepadanya ‘money can’t buy class’ (duit tak boleh beli darjat).

“Orang yang tak mampu memanglah cakap ‘no class’, cuba kalau mampu, macam mana? High classlah!,” katanya.

Difahamkan, DSV memuat naik video TikTok jenaka tentang dirinya yang masih single sambil menayangkan barang kemasnya termasuk cincin besar yang dikatakan seperti kerongsang.

×