Demi Jaga Nama Baik Jemaah, Zul Yahya Keluar Dari Tabligh

Sejak kebelakangan ini nama bekas pelakon Zul Yahya sering terpalit dengan pelbagai kontroversi, terbaru hangat apabila Zul memberhentikan anak sekolah demi mengejar akhirat dan isu makanan sunnah dan vaksin.

Bagaimanapun, baru-baru ini Zul enggan namanya dikaitkan lagi dengan tabligh demi menjaga nama baik jemaah tersebut.

BACA: Utamakan Ilmu Akhirat, Zul Yahya Berhentikan Anak Sekolah

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Zul berkata banyak perkara dipelajari sepanjang bersama dengan jemaah tabligh dan berharap dirinya terus istiqamah.

“Jangan kaitkan saya dengan jemaah tabligh. Ini bagi menjaga kemuliaan nama jemaah tabligh. Saya tidak lagi bersama mereka.

“Alhamdulillah, banyak perkara yang saya belajar daripada mereka. Semoga apa yang dikongsikan kepada saya selama ini dapat diamalkan dan doakan saya dapat terus istiqamah hingga mati. Selamat tinggal segala urusan bersama mereka,” katanya.

Sebelum ini, Zul aktif berkongsikan aktiviti keluar berdakwah menyebarkan agama Islam bersama kumpulan tabligh.

×