Gosip Cinta Nabila, Engku Emran Tular Sampai Ke Indonesia

Sejak semalam hangat diperkatakan oleh sebuah laman sembang mengenai gosip mendakwa kakak kepada seorang selebriti popular iaitu Noor Nabila konon bertunang dengan Engku Emran.

Malah, tular gambar Engku Emran dilihat hadir mengikuti program usrah yang diadakan di kediaman Noor Nabila bersama keluarganya.

BACA: Noor Nabila Enggan Komen Gosip Bertunang

Lebih mengejutkan, gosip tersebut turut tular dan menjadi bualan di negara seberang, Indonesia terutama di aplikasi TikTok.

@adnan_ri

engku emran/mantan suami laudya cynthia bella di khabarkan bertunangan #viral #gosip #tiktoktaiment #masukberanda #biasalah #fyp #fouryourpage

? original sound – Aris munawaldi aja – Aris munawaldi aja

Menerusi TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai adnan_ri turut memuat naik dua video mendakwa  Nabila dan Engku Emran sudah bertunang.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen memandangkan dakwaan itu melibatkan bekas suami pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

@adnan_ri

Mantan Suami Laudya cynthia bella, bertunangan #biasalah #masukberanda #tiktoktaiment #gosip #artis #fouryourpage #fyp #malaysia #bellaengkuemran

? mungkin hari ini esok atau nanti – anneth

Bagaimanapun, setakat ini Nabila enggan memberikan komen mengenai gosip bertunang itu. Nabila dikatakan mula intim dengan bekas suami kepada Laudya Cynthia Bella itu apabila masing-masing berkongsi minat sukan berbasikal menerusi beberapa foto di media sosial.

×