Dapat Sumbangan RM1,000, Wani Comel Gembira Dapat Kirim Duit Ibu Di Kampung

Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram, gadis obesiti Wani Comel meluahkan rasa teruja dan gembira apabila dapat bertemu dengan Ahli Parlimen Tanjuk Karang, Tan Sri Noh Omar.

Dalam entri tersebut, Wanita mengucapkan terima kasih kepada Noh Omar yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu yang sudi meluangkan masa untuk berjumpa dengannya.

BACA: Wani Comel Hidap Komplikasi Jantung Bengkak

“Terima kasih Tan Sri Noh Omar sudi meluangkan masa bertemu Wani. Wani ucapkan banyak-banyak terima kasih @mynohomar

“Tak sangka beliau sudi luangkan masa berjumpa saya untuk bertanya khabar dan memberi sumbangan @mynohomar bukan pemimpin, tapi NEGARAWAN.,” katanya.

Dalam pada itu, Wani berkata sumbangan dan juga pemberian oleh Ahli Parlimen itu cukup bermakna kerana wang tersebut mahu dikirimkan buat ibunya di kampung.

“Tak pernah saya menerima wang sejumlah RM1000.. dapat la saya kirimkan buat Ibu di kampung. Itu laa sebenarnya harapan saya untuk membantu keluarga.

“InsyaAllah saya yakin kesabaran dan dugaan yang saya lalui akan digantikan dengan kebahagiaan. Amin ya Allah Amin,” tulisnya.

Terdahulu, nama Wani Comel hangat diperkatakan apabila gadis itu membuat pendedahan mendakwa diperdaya dengan janji manis usahawan kosmetik berhubung pelantikannya sebagai duta produk pelangsingan.

×