“Kalau Tak Suka Abaikan Saja, Jangan Baca”

Hampir sebulan mendirikan rumah tangga, namun kisah pelakon dan bintang popular Mira Filzah masih lagi hangat diperkatakan ramai. Namun, ada yang kurang senang apabila kisah mengenai pelakon itu seperti tiada kesudahan.

Menerusi Insta Story, Mira menjelaskan bahawa dia tidak meminta perkongsiannya itu dijadikan artikel oleh mana-mana pihak sehingga menyebabkan rasa kurang senang netizen. Ujarnya, apa yang dikongsikannya di media sosial adalah untuk peminat.

BACA: Gigih Cari Resepi Di Internet, Mira Filzah Rajin Masak Demi Suami

“Apa saja yang saya kongsi di IG stories Ask Me Questions adalah cara untuk saya memberitahu dan berkongsi pandangan saya dengan peminat dan pengikut yang baik dengan saya.

“Saya tak pernah ditemubual berhubung soalan yang saya sendiri cipta. Ia tidak adil untuk saya dan Emir apabila orang menilai kami sebab mereka baca beberapa artikel berdasarkan soalan peribadi antara saya dan peminat.

“Tak pernah bermaksud untuk menganggu ruang peribadi anda dengan berita begini ianya diambil dari ruang peribadi saya sendiri,” katanya.

Mira turut memuar naik mesej yang diterima daripada seorang individu yang rasa melauat terhadap perkongsiannya yang dijadika berita di media.

Dalam pada itu, Mira berkata dia tidak menyalahkan pihak media yang mengeluarkan artikel berdasarkan perkongsiannya di media sosial kerana itu merupakan tugas mereka, namun meminta jika tidak suka abaikan sahaja dan tidak perlu baca.

“Kalau tiba-tiba nampak artikel keluar lagi berdasarkan kandungan IG stories saya dan tidak sukakannya, jangan baca, hanya abaikan sahaja. Saya tak minta untuk artikel dikeluarkan. Kalau anda tak suka, jadi tolong abaikan saja,” katanya.

×