Sejak semalam hangat diperkatakan apabila Siti Sarah dan Shuib dipanggil hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya berhubung perkara berkaitan pengubahan wang haram.
Menerusi Instagram, Shuib menzahirkan rasa terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan untuk dirinya. Shuib berkata di dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes pengubahan wang haram dan dilayan dengan baik ketika berada disana.
BACA: Siti Sarah Syukur Siasatan SPRM Terhadap Shuib Berjalan Lancar
“Alhamdulillah, syukur. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri.
“Saya dipanggil untuk membantu siasatan SPRM berkenaan AMLA dan terima kasih kepada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik terhadap saya sepanjang 23 jam siasatan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shuib menganggap apa yang berlaku sebagai satu cabaran dan asam garam dalam menjalankan perniagaan serta sebagai usahawan.
“Saya anggap ini satu cabaran dan dugaan dalam perniagaan. Doakan perniagaan Bubblebee kami terus maju dan memberi manfaat kepada semua orang,” katanya.
Terdahulu, Sarah menjelaskan dia hanya menemani suaminya semalam dan mereka sudah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan sebaiknya dan bersyukur proses siasatan berjalan lancar.