Gigih Cari Resepi Di Internet, Mira Filzah Rajin Masak Demi Suami

Hampir sebulan mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati Wan Emir Astar, pelakon Mira Filzah mengkaui dia kini lebih rajin memasak demi suami tercinta. Malah, Mira berkata Emir juga seorang yang kuat makan.

Menurut Mira, dia bukanlah seorang yang handal memasak tetapi mahu memikul tanggungjawab menjaga makan minum suami serta rumah tangga sebaiknya. Perkara itu dikongsinya menjawab pertanyaan netizen selepas sebulan berkahwin.

BACA: “Salam Papa, Emir Kenalkan Nur Amirah, Anak Perempuan Papa”

 

“Saya secara automatik jadi sangat rajin (selepas kahwin). Rajin ini dan rajin itu. Tanggungjawab diri sendirilah. Saya kena lakukannya kerana ia tanggungjawab saya sekarang untuk menjaga rumah dan suami.

“Selalu masak sebab Emir suka makan. Taklah handal sangat masak, tapi masak itu senang, cari di Google dan YouTube saja, insya- Allah jadi. Selain itu buat panggilan video dengan emak untuk resipi ringkas,” katanya.

Dalam pada itu, Mira berkata sebelum ini dia jarang masak disebabkn sibuk dengan jadual kerja namun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia memanfaatkan masa untuk meningkatkan kemahiran memasak.

“Sebelum ini jarang masak. Sibuk dan duduk rumah sendiri tak berbaloi masak untuk satu orang. Adalah masak sekali-sekala.

“Sewaktu PKP, saya kerap memasak. Saya rasa PKP benar-benar membantu saya untuk meningkatkan kemahiran memasak saya,” katanya.

Mira telah selamat bergelar isteri kepada Wan Emir Astar yang merupakan anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datin Mastura Yazid dengan hanya sekali lafaz pada 3 September yang lalu.

×