Tak semua orang boleh habiskan duit puluhan ribu ringggit semata-mata nak bantu orang lain. Ada yang duit berkepok-kepok pun belum tentu mereka nak bantu orang yang lebih susah terutamanya anak-anak yatim yang memerlukan bantuan dari kita.
Macam-macam perangai manusia yang kita boleh nampak. Ada orang yang baik dan pemurah, tidak kurang juga yang bersifat kedekut walaupun baik. Haa…jangan terkejut ya gais, bunyi memang pelik, tapi hakikatnya memang ada orang bersifat macam tu.
Tapi lain pulak individu pemurah ini yang sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk membeli barang kemas dan jam berjenama kepada anak-anak yatim yang jugak anak angkatnya. Siapa dia? Jom kita kenal dia.
Founder Produk Makanan
Anda mesti tahu kan tentang rempah ODEEN VIRAL CEKYANA yang sekarang ni memang selalu orang sebut-sebut tu, dah viral dah pun! Ha…individu tu adalah foundernya lah,
Kalau tengok bisnes yang dijalankan dia memang boleh dijadikan inspirasi untuk anda. Produknya pun dah memang viral sekarang ni. Kalau sebut jer oden, terus teringat rempah ODEEN VIRAL CEKYANA dari CekYana ni. Kecur air liur terus kami!
Bertuahnya Mereka!
Baru-baru ni, CekYana ada sponsor gelang emas seberat 90 gram kepada anak anak yatim yang jugak anak angkatnya. Kalau tengok dalam live yang dikongsikan dalam Facebook CekYana, ada yang menitis air mata terharu. Kami yang tengok pun rasa tersentuh dengan sikap CekYana ni.
https://www.facebook.com/inniakhafullah.anadaie/videos/1497456010450309/?extid=tfteKevY1AwUg4Nj&d=n
Bertuah betul anak-anak yatim yang menerima hadiah dari CekYana ni kan? Tak mudah sebenarnya nak jumpa individu yang sanggup spent duit macam CekYana ni. Kalau kami ada duit banyak macam ni pun nak jugakla bersedekah macam ni.
Sesekali bahagiakan orang sekeliling kita, apa salahnya kan? Kita tak tahu kisah susah mereka, tapi bila ada individu pemurah macam ni, at least kita dapat ukirkan senyuman pada mereka. Hidup kat dunia tak boleh kedekut sangat. Ada rezeki lebih, kita kongsikan bersama. Betul tak?
Co-founder Pun Dapat Emas Jugak!
Gais, tadi 30 orang anak yatim CekYana dapat hadiah emas, tapi CekYana ni hadiahkan juga 90 gram gelang emas kepada co-foundernya, CikZaza! MashaAllah, best nya kan?
https://www.facebook.com/inniakhafullah.anadaie/videos/1496375810558329/?extid=hvF3mwQb2wvm8fXL&d=n
CekYana memang nak sangat hadiahkan kepada individu yang menjadi tulang belakangnya ni. Memang menitis air mata CikZaza bila dapat hadiah surprise macam ni.
Bukan nak tunjuk riak, tapi tak salah kalau sesekali treat diri dan jugak orang lain. Sama-sama berkongsi rezeki. Ye dak?
Patutlah Ramai Sayang!
Bukan anak yatim sahaja yang dapat emas, followers CekYana pun dapat juga sebabnya CekYana suka buat contest dan cabutan bertuah untuk followersnya.
Dengan bisnes rempah ODEEN VIRAL CEKYANA yang dia jalankan ni, untuk team CekYana pun turut dapat reward kalau mereka ni capai KPI. No wonderlah ramai orang sayang! CekYana memang betul pemurah dan tak berkira duit!
Rezeki kalau kita kongsi bersama tidak akan berkurang. Semakin banyak rezeki dikongsi, semakin banyak yang akan datang. Tak ada sikit pun yang berkurang sebenarnya.
Tak payah tunggu kaya-raya untuk bersedekah. Walaupun dalam kocek tu kadang-kadang kita ada beberapa ringgit sahaja untuk kita belanja tapi bila kita lihat ada orang yang lebih memerlukan itu lagi penting sebenarnya. Bantu seikhlas hati.
Rezeki ni walaupun tak datang dalam bentuk wang ringgit tapi apa sahaja yang datang dan menggembirakan kita serta menyenangkan hati kita itu adalah rezeki.