Dilihat serasi bergandingan menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2, rata-rata peminat mahu melihat Syazwan Zulkifli dan Wan Sharmila bercinta di dunia realiti. Akui hubungan mereka masih sebagai seorang kawan, bagaimanapun Syazwan berkata dia tidak menolak sekiranya berjodohan.
Sudah beberapa bergandingan bersama, Syazwan akui lebih suka melihat penampilan Wan Sharmila yang kini sudah berhijab. Syazwan turut memuji Wan Sharmila atau lebih mesra disapa Lala seorang pelakon berbakat.
BACA: Wan Sharmila Akui Tak Kisah Berkawan Dengan Suami Orang
“Saya memang kerap bekerja dengan Lala (panggilan mesra Wan Sharmila dalam kalangan teman rapat) dengan melakukan pelbagai karakter.
“Namun, saya paling suka Lala yang bertudung sekarang. Lakonannya lebih ‘nampak’ dan ketara. Kalau mahu ambil pelakon berbakat, carilah Lala, pasti dia tidak mengecewakan.
“Lala adalah pelakon yang sangat menyenangkan. Dia juga faham dengan skrip. Tidak ada masalah untuknya jika mendapat skrip panjang atau melakonkan babak berat,” katanya kepada BH Online.
Meskipun sudah berhijab, Syazwan berkata dia cukup menhormati Lala sebagai pelakon yang mencari rezeki dalam dunia lakonan. Meskipun terbuka dalam lakonan namun Lala tetap menjaga batas sebagai wanita berhijab.
“Saya lihat, sesetengah pelakon bertudung meletakkan syarat itu dan ini… Lala terbuka dan menjaga batasan. Selagi berlapik untuk babak berpegangan dengan pelakon bukan muhrim, Lala masih okay. Sama juga untuk situasi seperti atas faktor keselamatan atau insiden tidak terduga, Lala okay.
“Lala tidak meletakkan syarat atau beri amaran kepada teman gandingan agar jangan lebih-lebih (dalam menghidupkan babak). Ini memudahkan tugas kami apabila berlakon bersama,” katanya.
Dalam pada itu, Syazwan tidak menafikan Wan Sharmila memiliki ciri-ciri isteri idaman. Ujarnya, siapa yang tidak mahukan wanita cantik dan lemah lembut seperti Wan Sharmila.
“Siapa yang tidak mahu wanita cantik, lembut, berdikari dan berkerjaya seperti dirinya. Senang cerita, dia memang sesuai dijadikan calon isteri. Siapa yang hendak cuba tawan hati dirinya, silalah,” katanya.