Untuk meraikan sambutan Kemerdekaan ke-63 dengan cara lain daripada yang lain, syarikat telekomunikasi Celcom sedang menganjurkan pertandingan mereka pelitup muka, MeReka Merdeka.

Maklumlah kini kan kita masih lagi berperang dengan satu-satunya musuh peringkat global, Pandemik COVID-19, inilah cara yang paling best untuk tingkatkan kesedaran kepentingan memakai pelitup muka setiap masa dan juga mewujudkan peluang ini untuk rakyat Malaysia menjana pendapatan lebih khasnya di masa mencabar ini, setuju tak?

Melalui kerjasama kempen ‘MeReka Merdeka’ yang dijalin antara Celcom dengan Earth Heir (satu organisasi NGO untuk membantu peniaga kecil), korang boleh sama-sama menghasilkan rekaan pelitup muka sekali gus menjana pendapatan tambahan.

Pelitup muka yang terpilih nanti akan dihasilkan dan dijual di pasaran tempatan dan hasil penjualan pelitup muka akan disalurkan terus kepada anda sendiri. Pergh! Best kan? So gais. Inilah masanya!

Pereka yang disenarai pendek akan diumumkan pada 18 September 2020 ini dan berpeluang menerima 100% hasil jualan di samping RM 2,000 sebagai ganjaran. Terima kasih Celcom! Anda bolehlah layari laman web Celcom untuk ketahui lebih lanjut mengenai penyertaan ini.

Untuk pengetahuan tambahan juga, kempen ini juga disokong Karyawan Seni Negara yang bekerjasama bagi menjayakan kempen ini dengan menjual pelitup muka rekaan untuk masa terhad sahaja! Antaranya pereka fesyen Alia Bastamam; karyawan seni mural viral, Suhaimi Ali; karyawan seni grafiti berbakat Chern Cloakwork; dan karyawan seni inai, Karthine Maniam. Barulah ‘1 Malaysia’ kan?

Biar Betul! Pelitup Muka N95 Direka Orang Malaysia?

Dan untuk anda yang tidak tahu, 100 tahun lamanya pelitup muka N95 ini berada di pasaran dunia, rupanya dicipta oleh rakyat Malaysia sendiri! Dan siapa hero Malaysia yang banyak berjasa? Dr Wu Lien Teh nama beliau.

Di Sini Bermulanya!

Pada tahun 1900-an, satu pandemik telah berlaku yang dikenali wabak Manchuria. Dr Wu dan pasukannya kemudiannya mencipta pelitup muka daripada pelitup muka pembedahan sedia ada ketika itu dan mengubahsuai dengan menambah kain kasa serta kapas sebagai penapis tambahan.

Disebabkan mereka itu lah wujudnya pelitup muka perubatan jenis N95 yang digunakan secara meluas sampai sekarang di seluruh dunia! Serius cakap mereka ni memang mantap gais. Sumpah bangga!


Perjuangan Di Era Berbeza

Bersempena dengan Hari Kebangsaan 2020 dan juga diinspirasikan oleh kisah benar daripada Dr.Wu ini, syarikat telekomunikasi Celcom telah menerbitkan satu filem pendek khas untuk mengingati pencapaian ulung Malaysia.

Ia mengisarkan tentang perjuangan rakyat Malaysia yang sama namun di era yang berbeza. Bagaimana mereka menempuh cabaran setiap hari semasa pandemik COVID-19 dan bagaimana dua watak ini memainkan peranan mereka dalam mencipta pelitup muka.

Daripada jalan cerita ini, filem pendek ‘MeReka Merdeka’ juga mengaitkan inisiatif kempen rekaan pelitup muka oleh Celcom.

Kami tak nak kami jer amaze dengan filem pendek ni, jadi anda pun kena tonton filem pendek gempak ni. Baru sama-sama ‘wow’ kat sini!


Macam mana gais? Best kan filem pendek ni. Naik bulu roma bila menontonnya kan? Kami dah cakap tak nak percaya…Tapi kan, kami in love pulak dengan mask dari filem pendek ni.

Jadi, untuk maklumat lebih lanjut tentang Celcom, dan kempen ‘MeReka Merdeka’ ni, anda boleh ke web Celcom atau halaman Facebook dan Twitter Celcom.



×