“Tak Rasa Sia-Sia Ke Khatam Al-Quran Ramadan Haritu”

Sedang meluangkan masa bercuti bersama keluarga di Pulau Langkawi, pelakon Nora Danish dilihat tidak lokek berkongsikan beberapa gambar cantik percutian di akaun Instagram miliknya.

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian netizen bukanlah lokasi percutian tersebut sebaliknya baju gaun hitam yang digayakan oleh ibu kepada dua cahaya mata itu.

BACA: Nora Danish Sebak Khatam Al-Quran 9 Malam Terakhir Ramadan

Meskipun ramai yang memuji kecantikan Nora yang persis anak dara, namun ada yang kurang senang dengan pakaian yang digayakan olehnya yang menampakkan sedikit bahagian perutnya.

Malah, ada segelintir netizen tampil memberikan komen menegur pelakon tersebut dengan mengatakan pakaian itu tidak manis dipandang orang serta memberi nasihat agar berpakaian lebih sopan.

 

Tidak kurang juga ada yang mengaitkan imej itu seolah tidak sesuai kerana sebelum ini Nora berjaya khatam Al-Quran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apa pun tidak dinafikan, meskipun sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata, namun kecantikan semula jadi Nora tidak dapat disangkal apatah lagi memiliki wajah ‘baby face’.

×