“Saya Masih Muda & Naif, Saya Minta Maaf”

Masih lagi hangat diperkatakan mengenai kontroversi terpalit pelakon baharu, Alya Iman, yang juga anak kepada pelakon lagenda, Allahyarham Azmil Mustapha apabila satu demi satu kisah kehidupannya didedahkan kepada umum.

Akui kesilapanya itu, Alya memohon maaf secara terbuka menerusi Insta Story miliknya hari ini. Alya berkata dia masih muda dan pernah melakukan kesilapan namun dia percaya bahawa Allah itu maha adil.

BACA: Bekas Kekasih Alya Iman Dedah Kena Kikis Sampai RM2.3 Juta?

Kata gadis berusia 19 tahun itu lagi, segala kecaman dan fitnah yang dilemparkan mematangkan lagi dirinya dan akan berusaha untuk menjadikan kehidupannya diberkati oleh Allah.

“Saya muda dan naif, saya minta maaf kepada semua yang saya pernah sakiti. Saya terima semua nasihat, kecaman, sindiran dan fitnah sebagai sesuatu yang mematangkan saya.

“Saya akui pernah melakukan kesilapan di masa lalu, tapi saya yakin Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa. Saya berdoa dan berusaha agar kehidupan saya menjadi kehidupan yang diberkati dan diredai Allah,” katanya.

Terdahulu, Alya akui sudah bertunang dengan lelaki berstatus suami orang pada 27 Februari lalu. Namun memutuskan pertunangan sebulan kemudian apabila kehadirannya tidak diketahui dan dipersetujui isteri lelaki berkenaan.

×