MBI Perjelas Punca Sugu Tak Layak Terima Anugerah Ikon

Semalam, hangat diperkatakan mengenai suami YouTuber sensasi didakwa mencederakan isterinya. Ia dikatakan berpunca suaminya didakwa tidak berpuas hati namanya tidak tercalon untuk menerima anugerah Ikon Bandaraya Ipoh.

Tampil menjelaskan mengenai perkara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Mohd Syahrizal Azmi berkata, pengiktirafan itu diberikan kepada S Pavithra kerana kapasiti beliau sebagai anak kelahiran Ipoh.

BACA: Tak Sebut Nama Ketika Terima Anugerah Punca Suami YouTuber Cederakan Isteri

Jelasnya, anugerah sama tidak boleh diberikan kepada suaminya, Sugu yang merupakan anak jati Sungai Siput.

Menurutnya, pengiktirafan status ikon itu juga hanya melibatkan penerima individu dan bukan atas ‘Sugu Pavithra’ yang merupakan jenama saluran YouTube kendalian pasangan berkenaan.

“MBI memberi pengiktirafan ini hanya kepada Pavithra seorang kerana dia berasal dari Buntong, Ipoh manakala suaminya dari Sungai Siput.

“Ia sebagai satu bentuk penghargaan atas usaha dan pencapaiannya sebagai anak kelahiran Ipoh membina kerjaya menerusi bakat dimiliki,” katanya.

Terdahulu, suami YouTuber masakan popular ditahan reman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan dakwaan mencederakan isterinya.

×