Hanya kerana tidak menyebut nama suaminya ketika menerima anugerah penghargaan di Ipoh baru-baru ini, disyaki menjadi punca suami YouTuber masakan terkenal tergamak mencederakan isterinya.

Menurut sumber, kejadian itu dikatakan menjadi antara punca pasangan terbabit bertengkar ketika mereka berada di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh, semalam.

BACA: Didakwa Cederakan Isteri, Suami Youtuber Masakan Terkenal Direman

Pergaduhan itu berlarutan sehingga keesokkan hari (semalam) di mana lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.

Ketika kejadian suspek dipercayai mabuk. Bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu dipercayai memukul isterinya.

Pada 5.54 petang hari yang sama, pengawal keselamatan menerima laporan daripada seorang jururawat mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan.

Sumber sama berkata, suspek dipercayai mencari abang ipar isterinya susulan masalah keluarga.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan reman tiga hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistet Ipoh bagi membantu siasatan dakwaan mencederakan isterinya mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

×