Erra Fazira Mahu Calon Suami Boleh Mengaji Al-Quran Bersama-Sama

Hampir enam tahun bergelar ibu tunggal, pelakon Erra Fazira berkata dia tidak menolak andai bertemu jodoh suatu hari nanti. Bagaimanapun, buat masa ini keutamannya adalah anak perempuannya iaitu Engku Aleesya.

Mendedahkan ciri-ciri lelaki idamannya, selain matang dari segi pemikiran, Erra mahukan calon suaminya seorang yang boleh membimbingnya dan boleh melakukan ibadah serta membaca Al-Quran bersama-sama.

BACA: Erra Fazira Pening Kepala Aleesya Minta Adik Baru

“Sama seperti kematangan usia pun, saya mahukan calon suami yang boleh bersama-sama mengejar dunia dan akhir seiring.

“Ada masanya bekerja bersama-sama dan ada ketikanya boleh mengaji al-Quran serta beribadah bersama-sama,” katanya.

Erra berkata dia sentiasa mahu mencari pasangan bukan dalam kalangan industri hiburan namun sering berjodohan dengan yang sebaliknya.

Erra sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon Yusry Abdul Halim pada Jun 2003, namun umah tangga mereka hanya bertahan tiga tahun sahaja.

Erra kemudian berkahwin dengan Engku Emran pada 2007, namun episod duka berulang kembali apabila kedua-dua mereka memutuskan untuk bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Engku Aleesya kini berusia 11 tahun.

×