Berdepan dengan pelbagai ujian alam rumah tangga, usahawan kosmetik Joy Revfa akui kagum dengan kekuatan dan ketabahan Bella Astillah. Joy turut menyifatkan Bella seorang isteri yang penyabar dan sifat pemaaf yang tinggi.
Joy berkata bukan mudah untuk berdepan dengan apa yang dilalui oleh Bella yang sudah berkali-kali hatinya dihancurkan tetapi tetap boleh memaafkan serta melupakan sikap suaminya, Aliff Aziz yang dahulu.
BACA: Hamil Anak Kedua, Bella Astillah Mengaku Berat Badan Kini 60 Kg
https://www.instagram.com/tv/CCAnIW7Jfaj/?utm_source=ig_embed
“Kagum dengan wanita seperti Bella Astilla,kecil comel je orangnya dan bicara pun lembut sangat, Masyallah! Sifat pemaafnya sangat tebal walaupun berkali-kali dihancurkan hatinya, dia tetap memaafkan dan melupakan sikap suaminya yang dulu,” tulisnya.
Dalam pada itu, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin mendedahkan pasangan itu juga dalam diam sedang mempelajari ilmu agama dalam usaha memulihkan kembali hubungan rumah tangga mereka.
Di akhir perkongsian itu, Joy turut mendoakan semoga urusan rumah tangga Bella dan Aliff kembali pulih dan semakin bahagia pada hari mendatang.
Pada April lalu Bella Astillah mendedahkan dia sudah pun rujuk semula dengan suaminya ketika dalam tempoh edah lagi dan sedang hamil anak kedua.