Rabu lalu, Saharul Ridzwan ada memuat naik perkongsian membawa isterinya, Deena Emir ke hospital selepas mengalami tanda-tanda untuk bersalin. Bagaimanapun, ia hanyalah kontraksi palsu atau false alarm sahaja.
Menurut Saharul, sakit yang dialami oleh isterinya itu mula berkurangan keesokan harinya dan dinasihatkan pulang ke rumah terlebih dahulu berikutan belum waktu untuk melahirkan anak kedua mereka.
BACA: Saharul Ridzwan Syukur Miliki Rumah Baru
https://www.instagram.com/p/CBSbHn2pDOg/?utm_source=ig_embed
“Tadi dah jumpa dengan doktor tapi baby tak nak keluar lagi. Doktor beritahu kontraksi itu hanya lah ‘false alarm’.
“Jadi doktor minta isteri pulang ke rumah dahulu dan berehat serta memperbanyakkan senaman ringan,” kongsinya di Instagram.
Saharul memberitahu isterinya diminta untuk kembali semula ke hospital pada 15 Jun ini mengikut tarikh jangkaan bersalin. Dalam pada itu, Saharul turut meminta para peminat mendoakan proses bersalin isterinya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Dalam pada itu, Deena berkata meskipun sudah mengalami kontraksi dan bukaan 1.5 cm namun tidak mahu memaksa untuk bersalin.
“Kita nak elak induce sebab doktor nak natural sahaja. Apa-apa pun kita tunggu due date untuk datang semula ke hospital,” katanya.