Dr Azizan Osman yang terkenal sebagai World Class Business Educator dan Asia’s No.1 Business, Marketing & Leadership Coach telah menerima anugerah Top 50 Marketing & Advertising Leaders manakala syarikat naungannya Richworks International Sdn Bhd pula menerima anugerah Top 100 Marketing & Advertising Companies.

Anugerah antarabangsa ini berlangsung pada acara persidangan industri pemasaran dan pengiklanan serata dunia, MADcon: Global Marketing Conference di Le Meridien, Dubai baru-baru ini.

Penganugerahan ini disifatkan antara kepujian tertinggi bagi industri pemasaran global telah dinilaikan secara profesional oleh barisan juri antarabangsa dan lembaga penasihat MADcon yang terdiri daripada pakar industri.

Di samping menjadi anak Malaysia pertama yang mendapat anugerah global Top 50 Marketing & Advertising Leaders, Richworks International Sdn Bhd merupakan syarikat Malaysia pertama yang menerima anugerah antarabangsa di persidangan pertama MADcon Dubai 2019.

Penganjuran MADcon Dubai 2019 pada kali ini juga membuka peluang pembelajaran dan perkongsian rangkaian melibatkan lebih 50 pakar industri dari seluruh dunia. Dalam slot ini, pakar industri akan kongsikan pengalaman perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang sangat berkesan dan efektif.

Penganjur MADcon Dubai 2019, Prism Events menjangkakan lebih daripada 500 perwakilan antarabangsa yang akan menghadiri kemuncak persidangan MADcon Dubai 2019. Dengan itu, terbuktilah bahawa anak Melayu juga dapat duduk setanding dengan perwakilan antarabangsa.

Pada 16 Disember lalu, Dr Azizan Osman, Pengerusi dan Master Coach Richworks International turut menjadi salah seorang Keynote Speaker bagi menyampaikan topik yang bertajuk “Mengapa Pembangunan Komuniti & Pemasaran Acara Adalah Kaedah Paling Berkesan Untuk Mendapatkan Pelanggan Yang Setia?” di hadapan perwakilan antarabangsa yang hadir pada hari tersebut.

×