“Saya Berlakon Bukan Sebab Duit, Tak Nak Kaya Raya”

Meskipun sudah beberapa kali memenangi anugerah Pelakon Wanita TerbaikNabila Huda berkata dia tidak akan menaikkan harga bayaran untuk membintangi sesebuah drama atau filem.

Mula berlakon seawal usia 17 tahun, Nabila berkata dia menceburi bidang lakonan kerana minat dan bukan untuk duit semata-mata mahupun menjadi kaya raya. Ujarnya, cukuplah jika bakat lakonannya dihargai.

BACA: Nabila Huda, Suami Sambut Anniversary Ikut Kalender Islam

“Pendapat saya, tak perlu guna kejayaan yang telah dicapai untuk naikkan bayaran dalam lakonan. Cukup kalau orang boleh hargai segala usaha saya.

“Kalau produksi offer say bajet lebih rendah, saya akan beritahu dia harga saya kerana kebiasaannya saya akan minta duit lebih untuk wardrobe saya.

“Saya bekerja bukan sebab saya nak duit, saya tak nak duit dan saya tak nak kaya raya pun. Saya gembira dengan kehidupan saya yang sederhana ini. Percayalah, hidup bersederhana adalah lebih baik daripada kaya-raya,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Abil mengakui dia lebih selesa melakonkan watak yang agak berat kerana sangat sesuai dengan jiwanya. Malah, watak berat akan membuatkan dia berasa lebih puas dan berbaloi dengan bayarannya.

×