Rindukan Jebat, Sharnaaz Menumpang Kasih Anak Orang Lain

Kemelut rumah tangganya masih belum berkesudahan lagi, Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa rindu pada anaknya, Jebat Jayden. Sharnaaz turut memuat naik gambarnya memeluk anak kecil bernama Arrayan Petra ketika sedang menjalani penggambaran sebuah drama.

Menerusi perkongsiannya di Instagram itu, Sharnaaz terbayangkan anak kesayangannya ketika bersama pelakon cilik itu.

BACA: Adik Noor Nabila Perli Sharnaaz Ahmad?

Entri tersebut mendapat perhatian netizen yang bersimpati dan sebak dengan perkongsian Sharnaaz itu. Dalam pada itu, rata-rata mereka memberikan kata-kata semangat buat Sharnaaz agar terus kuat menghadapi dugaan tersebut.

Terdahulu, Sharnaaz menfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila. Menurut Sharnaaz, dia bertindak memfailkan permohonan berkenaan untuk memperbetulkan keadaan serta spekulasi yang diperkatakan mengenai rumah tangganya.

×