Kemelut rumah tangga Lufya Omar semakin hangat diperkatakan apabila suaminya, Dr Che Hafiz mengesahkan sudah menjatuhkan talak kepada isterinya menerusi aplikasi WhatsApp minggu lalu.
Bagaimanapun, Lufya mendakwa dia tidak tahu menahu dengan tindakan suaminya itu yang kononnya sudah melafazkan cerai menerusi WhatsAppa. Malah, Lufya berkata dia tidak menerima lafaz cerai seperti didakwa suaminya.
BACA: Dr Che Hafiz Sah Ceraikan Lufya Menerusi WhatsApp
“Saya langsung tak terima lafaz cerai seperti didakwanya dilakukan terhadap saya menerusi WhatsApp.
“Kalau dia ada memfailkan perceraian, saya pasti ada menerima dokumen berkaitan,” dakwanya yang akur jika perpisahan menjadi titik akhir kemelut rumah tangga mereka,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Lufya reda jika suaminya mahukan perceraian namun biarlah dengan cara dan saluran yang betul serta jadi seorang lelaki yang bertanggungjawab.
“Saya terima ketentuan-Nya jika suami mahu menceraikan saya, tetapi biarlah menerusi saluran betul dan melakukannya sebagai lelaki budiman.
“Jika dia mengambil saya dengan cara baik, maka pulangkan dengan cara yang sama. Jangan cakap dia sudah melafazkan cerai menerusi WhatsApp.
“Dia kena fikir, dirinya mempunyai anak. Semua ini adalah untuk kebaikan dan hormatilah cara sepatutnya bagi melepaskan wanita yang kamu kahwini,” katanya.
Terdahulu, Che Hafiz berkata cerai dilafazkan selepas semua usaha untuk menyelesaikan kemelut mereka menemui jalan buntu. Enggan mendedahkan punca perceraian dia berharap kes mereka dapat diselesaikan secara baik.