Baru saja menimang cahaya mata ketiga bulan lalu, isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Khaleeda mendedahkan suaminya tidak pernah ada bersama ketika melahirkan ketiga-tiga anaknya.

Menjawab pertanyaan netizen di Insta Story, beliau sendiri tidak mahu TMJ ada bersamanya ketika bersalin kerana suaminya akan gemuruh apabila melihat darah yang banyak.

BACA: Bersalin Di Hospital Kerajaan, Che Puan Khaleeda Dipuji Rakyat

Jelas Che Puan Khaleeda lagi, beliau sangat mementingkan suasana yang tenang ketika proses bersalin. Dalam pada itu, beliau mendedahkan TMJ seroang suami yang sangat memahami dan penyayang.

“Saya yang tak nak dia (TMJ) ada dalam bilik bersama semasa saya melahirkan anak-anak saya. Dia akan berasa sangat gemuruh dan tidak tenang apabila melihat darah yang banyak ketika proses bersalin.

“Saya sangat particular dengan ‘calm energy’ yang ada bersama saya ketika proses melahirkan anak-anak saya. Tapi saya boleh kata TMJ seorang suami yang sangat ‘supportive’, penyayang dan memahami,” katanya.

TMJ selamat diijab kabul dengan Che Puan Khaleeda di Istana Bukit Serene pada 24 Oktober 2014.

Pasangan diraja itu dikurniakan seorang puteri sulung, Tunku Kalsom Aminah Sofiah pada 2016 dan seorang putera Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim setahun kemudian.

×