Nazim Othman Akui Sunyi Tapi Tak Terdesak Kahwin

Masih bergelar duda selepas penceraian bersama bekas isteri, Bella Dally, Nazim Othman mengakui kadang kala berasa sunyi hidup bersendirian namun tidak mahu terlalu terdesak mencari pengganti.

BACA: Nazim Othman Akui Terkesan Bella Dally Kahwin Baru

“Saya sudah boleh biasakan diri dengan kehidupan solo, jadi tiada istilah terdesak untuk mencari pengganti. Alhamdulillah, jika ada. Jika tidak, saya masih bahagia. Tidak rasa terhina pun bergelar duda”

Pun begitu, Nazim memberitahu dirinya tidak pernah berasa tertekan dengan berita perkahwinan Bella baru-baru ini malah pelakon itu tumpang gembira buat bekas isterinya yang kini sedang berbahagia.

“Saya okey sahaja, tidak berasa malu atau tertekan apabila bekas isteri sudah bernikah lain. Itu rezeki dia kerana bertemu jodoh awal. Bagi saya pula, berkahwin semula bukan dalam perancangan utama sekarang,” katanya.

Terdahulu Nazim dan Bella telah mendirikan rumah tangga pada September 2016 namun perkahwinan yang dibina pasangan ini berakhir pada May 2018. Pasangan ini juga belum dikurniakan cahaya mata. (rtky/w)

×