“Saya Memang Hamil Kembar Tapi Salah Satunya..”

Selasa lalu, isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida dimasukkan ke wad selepas mengalami pendarahan yang menyebabkan risiko kepada kandungannya dan kemungkinan salah satunya keguguran.

Menerusi posting terbaru di Instagram, Nur Shahida mengakui beliau kini hamil anak kembar, bagaimanapun seorang lagi bayi dalam kandungannya masih dalam pemantauan doktor.

BACA: Alami Pendarahan, Isteri Aliff Syukri Mungkin Keguguran

Dalam pada itu, Shahida turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan untuk dirinya dan juga kandungannya.

“Alhamdulillah terima kasih pada semua yang prihatin DM dan whatspp saya terlalu banyak saya tak sempat nak balas.

“Saya memang hamil kembar tapi salah satunya dah alami pendarahan semalam dan mungkin keguguran.

“Mungkin saya sendiri yang terlalu aktif. campur macam-macam benda yang berlaku seminggu dua ni jadi saya memang agak sibuk dan stress. Satu lagi baby masih ada. Alhamdulillah nampak sihat dan masih juga dalam pantauan. Terima kasih pada semua yang mendoakan.” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan semoga kandungannya selamat.

Shahida dan Aliff Syukri mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 da Yusoff Al Qardawi, 1. Pasangan ini juga turut mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.

×