“Ambil Gambar Seksi Macam Orang Tiada Agama”

Pelakon Nabila Huda nampaknya kembali mengundang kontroversi apabila beliau dilihat memuatnaik sekeping gambar percutian pendek beliau hari ini. Nabila Huda dalam gambar itu dilihat hanya memakai bra di atas katil.

Untuk yang tidak kenal siapa Nabila Huda, pelakon ini tidak asing lagi dalam keberanian menjentik sensitiviti masyarakat yang sentiasa memerhatikan kehidupan para selebriti — ini pastinya bukan yang pertama dan terakhir.

BACA: Feysen Nabila Huda Dikecam, Pakai Tudung Tapi Baju Seksi

Rata rata komen yang ditinggalkan oleh orang ramai di akaun Instagram Nabila Huda tidak bersetuju dengan tindakan pelakon itu yang dilihat tidak sopan dan tidak sesuai dengan usianya kini.

“Sudah ternyata kau tiada agama, gambar seksi tidak perlu muatnaik ke media sosial kerana ia berdosa,” tulis salah seorang daripada mereka yang kurang senang dengan gambar tersebut.

Dan ada juga yang menyokong tindakan Nabila Huda ini yang dilihat berani untuk hidup dengan peraturan sendiri tanpa perlu risau dengan apa yang dikatakan orang ramai.

“Suka hati dialah nak post apa di Instagram dia, kehidupan dia. Kalau rasa tak suka, boleh unfollow,” tulis peminat Nabila Huda. (rtky/m)

×