Baru saja pulang dari mengerjakan ibadah Umrah bersama keluarga pertengahan Januari lalu, Nalydia Senrose memberitahu dia cukup tenang sepanjang berada di Tanah Suci, Mekah. Katanya lagi, berpeluang untuk menjadi tetamu Allah merupakan pengalaman terindah.
BACA: “Berhijrah Memang Senang, Tapi Bukan Mudah Nak Istiqamah”
“Rasa cukup tenang kalau ada sesiapa yang ada rezeki lebih, bolehlah ambil kesempatan yang ada untuk ke sana. Memang perasaan ketika di sana tidak boleh digambarkan.
“Celik saja mata terus fikir untuk beribadat dan saya sendiri tertanya-tanya apa yang membuatkan ia tidak sama bila berada di sana. Semua orang ambil peluang untuk beribadat,” katanya kepada Media Hiburan.
Berkongsikan pengalamannya mengerjakan Umrah, Nelydia memberitahu dia menangis pertama kali melihat Kaabah di depan mata dan seperti tidak percaya dapat melihat secara dekat.
“Pertama kali melihat kaabah saya menangis. Perasaan itu tak boleh nak dijelaskan, sebab haya kita yang rasa. Selama di tatap di gambar atau televisyen tetapi bila tengok depan mata, saiz dna bentuk yang sebenar saya rasa macam tak percaya. Automatik rasa sebak, hiba dan semangat itu lain,” katanya.
Dalam pada itu, Nelydia memberitahu jika diberikan peluang dia mahu ke Tanah Suci setiap tahun dan jika diberikan rezeki dia mahu mengerjakan ibadah Haji pula.