Haneesya Hanee Akan Disiasat, Kena Tindakan

Gara-gara video berparti sakan tular di media sosial semalam, Majalah Remaja memberitahu pihaknya akan menjalankan siasatan secara terperinci dan akan mengambil tindakan terhadap finalis Dewi Remaja berkenaan.

BACA: Video Mirip Haneesya Hanee Minum Di Kelab Malam Tersebar?

Menerusi Instagram, majalan tersebut telah memuat naik kenyataan awal berhubung dengan kontroversi beberapa finalis Dewi Remaja berparti sakan di sebuah kelab malam, difahamkan berserta dengan alkohol.

Rata-rata mengecam tindakan mereka terutama Haneesya Hanee yang baru diangkat sebagai juara. Ramai berpendapat mereka tidak sepatutnya dijadikan ikon remaja, kerana ada antara mereka bertindak membuka tudung dan berpakaian seksi di kelab malam.

Selain itu ramai memberikan cadangan agar kejuaraan Haneesya patut ditarik balik kerana memalukan statusnya sebagai Dewi Remaja tahun ini. Apapun kita nantikan sajalah hasil siasatan yang dijalankan nanti. (rtky/w)

×