Bakal Tunai Umrah, Uqasha Mahu Doa Jodoh Depan Kaabah

Bakal menunaikan ibadah Umrah bersama keluarga dan dua adiknya, Nelydia dan Raysha Rizrose pada 26 Disember ini, pelakon Uqasha Senrose akui gementar namun dalam masa yang sama gembira untuk pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.

BACA: Uqasha Senrose Terkejut Terima Mesej Dari Suami Orang

“Agak gementar juga tetapi gembira pada sama sama. Jujurnya, Mama yang kuatkan semangat dan keyakinan saya untuk ke sana.

“Yelah, kita semua bukanlah sempurna. Apapun, saya berdoa agar semuanya dipermudahkan, insyaAllah,” katanya kepada Media Hiburan.

Dalam pada itu, Uqasha memberitahu di hadapan Kaabah nanti dia mahu berdoa agar menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya dan dipertemukan dengan jodoh serta pasangan yang baik.

“Sudah tentu saya ingin panjatkan doa agar menjadi insan yang lebih baik juga diberikan kesihatan dan sentiasa dilimpahkan rezeki, insyaAllah.

“Pada masa sama, saya ingin berdoa semoga ditemukan dengan insan yang baik,” ujarnya.

×