Selepas hampir 12 tahun filem Dukun ‘diperap’ akhirnya filem arahan Dain Said berjaya merangkul trofi Filem Terbaik di malam Anugerah Skrin 2018 (ASK2018).
Selain itu, filem tersebut turut meraih trofi Pengarah Terbaik (Dain Said), Lakon Layar Terbaik (Huzir Sulaiman), Pelakon Wanita Terbaik Filem (Datin Seri Umie Aida) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem (Namron).
BACA: Hanyut, Pesan Dari Tuhan Ungguli ASK 2017
Manakala karya arahan sutradara terkenal Rashid Sibir, Pendosa Ingin Ke Syurga dinobatkan sebagai Drama Terbaik. Naskhah itu turut merangkul anugerah Pengarah Terbaik (Rashid Sibir), serta Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama (Fauziah Nawi).
Anugerah Skrin 2018 (ASK 2018) bersiaran secara langsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC).
Berikut merupakan senarai keputusan ASK 2018:
Penyunting Drama Terbaik: Qalbu
Videografi Drama Terbaik: Nisaa
Rancangan Majalah Terbaik: 999
Rancangan Realiti Terbaik: Let’s Cycle Season 3
Rancangan Anugerah Terbaik: Anugerah Skrin 2017
Drama Komedi Terbaik: Mat Rukun
Lakon TV Terbaik: Aku Nazmi
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Normah Damanhuri (Pinjamkan Hatiku)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Namron (Dukun)
Lakon Layar Terbaik: Dukun
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Fauziah Nawi (Pendosa Ingin Ke Syurga)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Fauzi Nawawi (Qalbu)
Pengarah Terbaik Drama: Rashid Sibir (Pendosa Ingin Ke Syurga)
Pengarah Terbaik Filem: Dain Said (Dukun)
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Datin Seri Umie Aida (Dukun)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Shaheizy Sam (Pinjamkan Hatiku)
Pelakon Wanita Terbaik Drama: Nad Zainal (Fatonah Azali)
Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian: Amyra Rosli (Nur)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian: Syafiq Kyle (Nur)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Jay Iswazir (Aku Nazmi)
Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina): Green Wall
Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu): Nur
Filem Terbaik: Dukun
Drama Terbaik: Pendosa Ingin Ke Syurga