Guan Eng: ‘Suci Dalam Debu’ Kenangan Manis Buat Saya

Semalam, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian penyanyi Saleem. Pemergian penyanyi kumpulan Iklim itu bukan hanya dirasai oleh peminat dan selebriti tempatan sahaja, malah turut menyentuh hati Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Menerusi Facebook rasmi miliknya, Guan Eng memberitahu lagu nyanyian Allahyarham menjadi peneman jiwa ketika beliau berjuang sebagai pembangkang suatu ketika dahulu. Ujar beliau lagi, lagu Suci Dalam Debu merupakan kenangan manis buatnya.

BACA: “Hasrat Saleem Sertai Gegar Vaganza Tak Tercapai”

Kata Guan Eng lagi, beliau juga turut meminati beberapa lagu rock nyanyian Allahyarham. Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan salam takziah buat keluarga Saleem.

Saleem Iklim atau nama sebenarnya, A.M. Salim Abdul Majeed meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Saleem sebelum ini terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan patah 12 tulang rusuk dan satu tulang tertusuk paru-paru.

×