Tayang Badan ‘Berbulu’, Anak Che Ta Diceramah Netizen

Pelakon Rozita Che Wan memang terkenal dengan kecantikannya yang semula jadi dan seorang yang sangat menjaga penampilan. Kalau dilihat di Instagram miliknya, memang semua fesyen yang digayakan mengikut peredaran zaman.

Selain Che Ta, dua anak bujangnya iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra turut menjadi perhatian ramai, lebih-lebih lagi gadis-gadis di luar sana.

BACA:Anak Che Ta Tayang Teman Wanita Di Instagram

Jika sebelum ini Aniq Ezra dikritik teruk oleh netizen gara-gara rambutnya berwarna bleach, kali ini giliran abangnya pula, Ammar Affendy yang menjadi mangsa kecaman netizen.

Tindakan Ammar yang memuat naik gambar dengan menayang susuk tubuhnya yang sasa di Instagram dikritik oleh pengguna media sosial. Rata-rata netizen mengatakan gambar tersebut tidak patut dimuat naik kerana mendedahkan aurat. Tidak kurang juga ramai yang mengkritik bulu yang terdapat pada badannya.

Namun apa yang membuatkan gambar tersebut menjadi hangat apabila salah seorang netizen memerli Che Ta kerana tidak menegur anaknya, malah pelakon itu kelihatan hanya meninggalkan tanda ‘like’ pada gambar berkenaan.

Sekarang ini bukan saja selebriti yang kena kecam, jadi anak selebriti pun bukan mudah. Apa saja gosip melibatkan mak ayah boleh terpalit pada anak. Jika anak pula yang dikecam, pasti akan disebut nama mak ayah.

×