Beberapa hari lalu, Sufian Suhaimi ada memuat naik beberapa gambar mesra bersama wanita yang dikenali, Natasha Asraff. Ramai menjangkakan wanita itu merupakan kekasih baru Sufian selepas putus tunang dengan Elfira Loy.
BACA: Elfira Loy Sudah Temui Pengganti Sufian Suhaimi?
Perkongsian itu rata-rata menimbulkan tanda tanya peminat kerana kemesraan mereka ketika bergambar dan tidak kekok bersentuhan. Dengarnya, ramai juga wanita diluar sana patah hati melihat ‘teman wanita’ baru Sufian ini.
“Tidaklah bukan kekasih, saudara. Janganlah patah hati okey!,” jelasnya ringkas apabila dihubungi oleh m Star Online mengenai status wanita cantik yang mesra bergambar dengannya.
Selain itu, ada juga yang memuji kecantikan wanita itu dan membandingkan dengan bekas tunang Sufian, Elfira. Tapi ada juga yang mempersoalkan kemesraan mereka yang dilihat melampau andai tiada pertalian darah.
Mungkin Sufian tidak lagi memuat naik gambar wanita lain selepas putus tunang membuatkan ramai mengandaikan begitu. Nampaknya berita gembira buat wanita diluar sana kerana hati Sufian masih belum dimiliki. (rtky/w)