Erra Fazira Dedah Punca Keluarga Shahir Datang

Bagaikan tidak berkesudahan kisah di antara Erra Fazira dan juga Shahir. Baru-baru ini, keluarga Shahir sendiri telah berkunjung ke rumah Erra dan sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan kepada peminat setia pasangan ini. Adakah keluarga Shahir datang untuk merisik?

BACA: Keakraban Bella, Erra Fazira Curi Perhatian

“Saya sudah lama kenal dengan keluarganya. Tiada sebarang perbincangan atau majlis merisik diadakan. Mereka hanya datang beraya sahaja. Malah tiada masakan istimewa pun untuk dia hanya juadah raya saja,” jelasnya kepada mStar Online.

Selain itu menurut Erra juga, status dirinya dan Shahir ketika ini masih lagi sebagai kawan. Nampaknya peminat terpaksa menunggu sehingga waktu yang sesuai sebelum pasangan ini betul-betul bersedia melangkah ke fasa yang seterusnya.

“Pakai pun tidak sedondon. Anda pasti dengan kecewa dengan jawapan saya kerana kami masih berkawan dan terimalah jawapan itu untuk masa sekarang,” katanya. (rtky/s)

×