7 Kontroversi Panas Selebriti Sepanjang Tahun 2018

Kontroversi dan isu hangat dalam dunia hiburan dan juga selebriti memang tidak dapat dipisahkan. Sepanjang tahun 2018, menyaksikan pelbagai konstroversi dan kisah panas selebriti yang menjadi buah mulut netizen.

Tahun ini boleh dikatakan banyak juga isu panas selebriti dari kisah rumah tangga dan macam-macam lagi. Rotikaya ingin kongsikan dan imbas semula 10 cerita panas selebriti sepanjang tahun 2018.

1. Farid Kamil tampar Polis & didakwa dadah

Awal tahun ini, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan penahanan pelakon Farid Kamil selepas dipercayai menampar seorang anggota polis. Berikutan penahanan tersebut dan berdasarkan siasatan yang dijalankan, Farid Kamil disahkan positif dadah jenis ganja.

Farid bagaimanapun membuat laporan polis mendakwa dirinya telah dianiaya tiga rakan artis yang mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga berkelakuan ganas.

2. Ude & Intan bercerai, Izreen Azminda dikecam teruk

Walaupun pasangan ini bukan dikalangan selebriti, namun kisah rumah tangga mereka menjadi perhatian apabila Ude Wahid berkahwin secara senyap dengan pelakon Izreen Azminda. Intan Liana juga pernah memberitahu sanggup menerima pelakon Izreen Azmindar sebagai madunya.

Bagaimanapun, pada 22 Mac 2018, Ude dan Intan sah bercerai talak satu. Berikutan itu, Izreen menjadi kecaman netizen yang mengatakan pelakon itu menjadi punca pasangan itu bercerai dan digelar perosak rumah tangga.

3. Haqiem Rusli isu gimik depresi

Bermula dengan pengumuman bakal bersara sebagai seorang penyanyi, Haqiem mengatakan dia mengalami depresi sejak awal tahun. Bagaimanapun, Haqiem akhirnya membuat keputusan untuk kekal dalam industri hiburan.

Haqiem juga memberitahu akan melancarkan sebuah lagu yang telah dirakamkannya dua bulan lalu bersama muzik video. Berikutan itu, rata-rata netizen mendakwa Haqiem mempermainkan isu kemurungan semata-mata untuk melakukan gimik.

4. Video lucah Syafiq Kyle

Pada Mei lalu, kecoh di Twitter video seorang lelaki mirip pelakon Syafiq Kyle yang sedang melakukan aksi lucah keterlaluan sambil membuat panggilan video bersama seorang gadis bernama Mira. Ramai yang mengambil kesempatan menjual video tular itu pada harga RM20 di laman Twitter.

Berikutan itu, peminat meminta Syafiq Kyle membuktikan bahawa lelaki dalam video tersebut bukan dirinya. Bagaimanapun, Syafiq tidak mengiyakan atau tidak mengenai kesahihan video tersebut.

5. Elfira Loy & Sufian Suhaimi putus tunang

Mengikat tali pertunangan pada Oktober 2017 dan bakal berkahwin pada Mac 2018, spekulasi hubungan pasangan ini mula goyah pada Disember 2017 apabila mereka tidak lagi memuat naik gambar bersama di media sosial. Segalanya terjawab apabila ibu Elfira mengesahkan mereka sudah putus tunang pada Februari lalu.

Timbul pula khabar angin yang menyatakan bahawa wang hantaran tinggi punca mereka putus tunang. Selepas putus tunang, Sufian muncul dengan lagu Di Matamu yang dilancarkan pada tarikh mereka sepatutnya bernikah.

6. Neelofa lancar tudung di kelab malam

Tahun ini nama pelakon dan pengacara cantik, Neelofa hangat diperkatakan selepas memilih sebuah pusat hiburan sebagai lokasi majlis pelancaran koleksi hijab terbarunya serta sambutan hari jadinya pada Februari lalu.

Tidak peduli dengan kata kata orang ramai, Neelofa menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri memilih lokasi tersebut. Berikutan kontroversi berterusan, Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd, Noor Nabila Mohd Noor yang juga kakak kepada Neelofa yang mewakili Naelofar Hijab mengeluarkan kenyataan permohonan maaf.

7.  Fatiya Latif, Zarina Anjoulie &Ismail Izzani

Akhir Ogos lalu, tular sekeping gambar pelakon Fathia Latiff serta Zarina Anjoulie memeluk penyanyi Ismail Izzani di sebuah kelab malam. Apa yang turut menjadi perhatian ialah gambar tersebut menunjukkan Zarina tidak bertudung. Lebih pelik lagi, gambar berkenaan dimuat naik sendiri oleh rakan baik Zarina, Fathia Latiff.

Kemudian, menerusi satu video Fathia dan Zarina mendedahkan mereka terpaksa memuat naik foto berkenaan kerana Ismail dikatakan tidak membayar bil hotel selepas memadu asmara dengan teman wanitanya.

×