6 Perkahwinan Selebriti Paling Mengejutkan Tahun 2022

Tahun 2022 menyaksikan ramai selebriti menamatkan zaman solo mereka, malah ada yang kembali mendirikan rumah tangga selepas sebelum ini mengalami kegagalan.

Bakal menyambut tahun baru 2023 esok, rasanya belum terlambat lagi untuk kita menyingkap kembali perkahwinan selebriti yang mengejutkan ramai.

Mana tidaknya, ada selebriti yang merahsiakan hubungan cinta mereka dan majlis perkahwinan diadakan secara tertutup. Bak kata netizen tahu-tahu dah kahwin. 

1. Datin Seri Heliza Helmi & Datuk Seri Mahadi

Pada 1 Januari 2022 sememangnya mengejutkan ramai apabila penyanyi Heliza Helmi selamat diijabkabulkan dengan ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi.

Heliza sah bergelar sebagai isteri Mahadi dengan sekali lafaz dan menerima mas kahwin sebentuk cincin serta senaskah Al-Quran.

2. Wany Hasrita & Adib Fahmi

Tiada angin tiada ribut, penyanyi Wany Hasrita mengejutkan ramai apabila sah bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi dengan dua kali lafaz pada 22 Julai lalu.

Wany menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan dan tiada dulang hantaran daripada kedua-dua belah pihak.

Wany berkata mereka mula rapat sejak tahun 2019 dan pemuda berusia 30 tahun itu bekerja dalam industri penerbangan di Kuching, Sarawak.

3. Shahir & Jaskin Jaludin

Penyanyi Shahir Zawawi sah bergelar suami kepada wanita pilihan hati, Jaskin Jaludin dengan sekali lafaz dalam satu majlis diadakan di The Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Center, Subang Jaya pada 1 September.

Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300, serta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pengantin perempuan.

Menurut Shahir, dia dan isteri mengambil masa dua minggu sebelum menemui keserasian antara satu sama lain dan mengambil keputusan untuk ke fasa seterusnya.

4. Najwa Latif & Akwa 

11 November lalu, ramai yang terkejut apabila penyanyi Najwa Latif yang sah bergelar isteri kepada ahli muzik, Akwa Arifin.

Difahamkan, Najwa sudah lama merancang perkahwinan tersebut namun tidak menghebahkan kepada umum. Malah, pasangan itu sudah bertunang pada bulan Jun lalu namun hanya dihadiri oleh keluarga sahaja.

5. Da’i Syed & Hana Ismail

Pendakwah selebriti, Da’i Syed sah bergelar suami kepada pengacara. Hana Ismail pada 3 Disember lalu di Masjid Ibnu Mas’ud Kuala Lumpur. 

Menurut Hana, dia mengkui ragu-ragu ketika di awal perkenalan mereka melihatkan perbezaan usia yang jauh namun dia akhirnya menemui jawapan selepas melakukan solat istikharah.

6. Fatin Afeefa & Aliff Awang

Semalam, pelakon Fatin Afeefa mengejutkan ramai apabila sah bergelar isteri kepada Aliff Awang pada majlis pernikahan secara tertutup yang diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya.

Sumber berkata, Fatin dan Aliff selamat bergelar suami isteri kira-kira jam 8.40 malam tadi dengan sekali lafaz. 

Terdahulu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 2013 namun bercerai empat tahun kemudian. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 7.

×