5 Situasi Anda Wajib Ada Bila BFF Ditimpa Masalah

Jika anda baca artikel ini sekarang, maksudnya anda ada kawan dan kawan anda patut berterima kasih sebab sebenarnya ada orang masih ambil peduli pada mereka. Memang tak boleh nak dinafikan, kawan-kawan adalah insan yang sangat penting dalam perjalanan hidup kita.

Kami kongsikan 5 situasi yang mungkin anda sendiri pernah rasai dan jika ia belum berlaku, inilah antara situasi penting yang anda perlu ada dengan rakan anda.

1. Bila Kawan Baru Putus Cinta

Bercinta merupakan salah satu fasa dalam kehidupan. Tapi itulah, kadang-kala ada yang tak dapat terima bila cinta tak kesampaian. Kita sebagai kawan memang kena ada temankan mereka dalam situasi sebegini. Bolehlah belikan aiskrim ke untuk redakan kesedihan mereka’kan?

2. Kena Buang Kerja

Pernah tak anda terfikir sampai satu masa nanti tiba-tiba anda akan dibuang kerja? Atau mungkin anda pernah tengok kawan baik kena buang kerja. Rasa macam penghujung dunia sudah. Hari cerah dirasakan suram. Makan pun tak selera. Jika anda ada kenal kawan yang macam ini, cepat-cepatlah pujuk mereka agar tidak putus asa. Hidup masih panjang perjalannya.

3. Ketika Hilang Hala Tuju

Tak dinafikan rezeki kita berbeza-beza dan kadang-kala kita boleh perasan ada rakan baik kita yang terabai oleh sebab dek keluarga sampai hilang arah. Lebih baik temankan dia daripa biar dia berseorangan. Sebagai kawan sejati, sama-sama kita bantu untuk dia kembali menilai kehidupan. Tapi ingat ya, jangan pula sampai mendesak dalam menasihat.

4. Mengalami Hari Yang Malang

Buat ini tak betul, buat itu tak betul. Dari pagi sampai ke malam ada saja benda tak kena. Ini anda tak boleh nafikan sebab pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama jadi bila anda tengok ada kawan kena macam ini, ajak dia berborak ringan.

Bab hari malang ini bila kita lalui sama-sama, memang boleh ketawa jika diingatkan kembali. Tapi apalah erti kehidupan bukan tanpa secebis dugaan?

5. Bila BFF Dirampas Orang Lain

Tak dinafikan kita ini kadang-kala terlalu memikirkan dan mengambil berat tentang kawan baik atau Best Friend Forever (BFF) ini sampai lupa nak fikirkan diri sendiri. Sekali sampai satu masa, tengok-tengok kawan yang kita anggap sebagai BFF ini sudah ada kawan baru.

Sudahlah baru berkawan, terus dia kata kawan baru dia itu BFF sejati. Aduh, memang remuk hati. Situasi ini paling selalu dilalui oleh kaum wanita. Kaum lelaki kalau cerita bab BFF ini, kalau hilang kawan, dia cari kedai dulu, minum teh buat penenang diri.

Namun dengan segala ragam rakan anda ini, ingatlah bahawa semua perkara ada jalan penyelesaiannya. Setakat BFF rapat dengan kawan baru, confirm boleh move on punya. Bertenang sebentar dan BOH sajalah satu hidangan air teh BOH, hirup perlahan-lahan dan nikmati kesegaran rasa teh asli dari Cameron Highland.

Jangan biar masalah sebegini merosakkan hari anda. Setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Relaks dan nikmati hari dengan tenang. Pekena BOH dulu satu kali, barulah ceria nak mulakan hari. Sudah BOH ke belum hari ini?

×