5 Sebab Filem Dilan 1990 Buat Penonton Angau!

Bakal menggegarkan pawagan pada 29 Mac ini, filem Dilan 1990 dari negara seberang tidak mustahil akan membawa penonton ke alam khayalan mereka. Melihat trailer sahaja pun boleh membuatkan anda tersenyum seorang diri.

Selain itu, penggembaraan filem arahan Fajar Bustomi ini sepenuhnya dijalankan di Indonesia, berikut adalah 5 sebab yang akan membuat anda angau apabila menonton filem ini.

1 Watak Utama Yang Melucukan

Lakonan Iqbaal Ramadhan sebagai Dilan dalam filem ini akan membuatkan anda tidak kering gusi dengan sikapnya yang bersahaja dan diluar jangkaan. Sifat Dilan ini akan terpancar apabila dia bertutur dengan ibu bapa Milea. Bukan itu sahaja, sikapnya yang tegas juga membuatkan anda terpegun saat Dilan berdepan dengan guru-gurunya.

2 Kisah Cinta Penuh Romantis

Kami percaya ada diantara anda yang pernah melalui kisah cinta yang paling indah sama seperti Dilan dan Milea. Dilan dan Milea lakonan Vanesha Prescilla merupakan pasangan kekasih yang bahagia dan sekali gus membuatkan anda angau dan terkenang cinta dahulu.

Apatah lagi saat Dilan memberi kata-kata cinta buat Milea. Kami percaya anda akan menggunakan ayat cinta Dilan ini untuk memikat buah hati anda.

3 Berkisarkan Zaman Persekolahan

Filem Dilan ini memaparkan suasana persekolahan yang penuh dengan pelbagai sikap pelajar sekolah. Bukan itu sahaja, filem ini akan membuatkan anda menonton sendiri suasana persekolahan di Indonesia. Siapa yang pernah bercinta zaman sekolah mesti akan tersenyum seorang diri semasa menonton.

4 Lirik Lagu Menikam Jiwa

Dengar sahaja muzik video filem ini memang terasa betul kemesraan kisah cinta yang bakal anda tonton pada 29 Mac ini. Lirik lagu sahaja pun sudah membayangkan betapa indahnya percintaan mereka. Lebih menarik lagi lagu ini dinyanyikan sendiri oleh pelakon utama.

5 Poster Yang Memberi Maksud Mendalam

Jika anda perhati dengan teliti poster filem ini memberi masksud kesungguhan seorang lelaki untuk memikat buah hatinya. Anda mesti tertanya-tanya di mana kesungguhan tersebutkan? Nak tahu di mana kesungguhannya jangan lupa untuk serbu pawagam dan lihat sendiri kesungguhan yang kami maksudkan.

Tidak menarik jika kami menceritakan sepenuhnya jalan cerita filem ini jika anda tidak menontonnya sendiri. Jangan lupa untuk kuncikan tarikh ini dan tontonlah bersama rakan mahupun pasangan anda. Mana tahu ada babak dalam filem ini sama seperti kisah cinta anda.

×