4 Hari Tayang, Dukun Kaut RM6.2 Juta

Memang di luar jangkaan betul sambutan terhadap filem Dukun kerana sudah pun mencatat kutipan RM6.2 juta walaupun hanya baru 4 hari ditayangkan. Memang berbaloi betul peram filem selama 12 tahun. Rekod ini sekaligus mengatasi kutipan filem pecah panggung, KL Special Force dalam tempoh yang sama sebelum ini.

BACA: Dakwa Filem Dukun Pesong Akidah, Umie Aida Sedih

Menurut Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar menyatakan bahawa dia sendiri tidak menjangkakan bahawa filem berkenaan mendapat sambutan hangat selain turut berharap agar peminat filem akan terus menyokong filem berkenaan.

“Alhamdulillah, pihak kami sangat terharu dan bersyukur dengan sambutan luar biasa peminat terhadap filem Dukun. Kami harap sokongan ini akan berterusan kerana ada filem-filem besar Hollywood yang akan dilancarkan”

“Kami tidak meletakkan sebarang angka sebagai tanda aras kutipan. RM6.2 juta pun tidak disangka sama sekali. Teruskan menyokong filem Dukun ya,” katanya kepada Utusan Online.

Filem arahan pengarah terbilang Dain Said itu ditayangkan di 133 buah pawagam seluruh Malaysia termasuklah di Brunei. (rtky/s)

×